Chit Chat Zone


ShoutMix chat widget

Feb 13, 2011

Pengenalan

Assalammualaikum w.b.t.

Syukur ke hadrat Ilahi, terima kasih kerana masih memberi nikmat dan rahmat. Masih memberikan ku kudrat untuk ku melaksanakan kehidupan seperti biasa sama seperti manusia lain. Syukur alhamdulillah. Sememangnya ku baru mula untuk menjinakan diri dalan bidang penulisan blog. Diriku yang sebenarnya sejak dari era remaja, tidak pernah mempunyai diari atau penulisan peribadi yang ramai gadis di luar sana seperti rakan-rakan ku yang lain. Sememangnya setiap titipan dugaan yang menyingah ke dalam hidup ku, ku lalui dengan redha. Ku lebih rela menyisip rapi setiap kepedihan hati ini  dari diluahkan melalui penulisan diari atau sebagainya. Ramai ahli-ahli motivasi mengatakan sesungguhnya jangan di pendam setiap perkara yang pahit kerana apabila ia merebak akan mengundang parah. Tetapi di ketika itu, ku mempunyai pendirian dan pendapat sendiri iaitu lebih baik setiap perkara itu ku susun rapi dalam kotak hati ku ini supaya tidak menyingung perasaan insan lain.

Daku bukan dilahirkan sempurna malah manusia tidak ada yang dilahirkan sempurna. Hanya Nabi s.a.w sahaja insan yang sempurna akhlak dan keperibadiannya. Keperibadiannya yang sempurna itu telah dijadikan contoh bagi setiap umat. Genap umur ku yang semakin meningkat, daku semakin matang dan lebih tabah dan kuat dalam mengharungi keperitan yang mendatang. Daku mula terfikir untuk menjadi penulis setia laman blog ini. Kadang kala ada sesuatu perkara yang dirasakan boleh dikongsi bersama untuk memberi peringatan sesama sendiri mahupun untuk menjadi kekuatan kepada rakan-rakan diluar sana.

Daku merasakan mungkin dengan penulisan laman blog ini dapat menjadikan titian ukhwah fillah persahabatan yang tiada sempadan tetapi berbatas pada hukum syarak. Mungkin dengan penulisan di laman blog dapat kita kongsi setiap duka dan sedih bersama..berkongsi pendapat dan pendirian. Bagi ku, setiap manusia yang tercipta dan dicipta oleh Allah s.w.t sangat unik dan tersendiri. Daku tidak kisah seandainya  laman blog ini rakan-rakan ku ingin jadikan ruang pendapat.

Bagi rakan-rakan samaada yang mengenali ku atau tidak, kalian dialu-alukan untuk berkongsi sebarang pendapat, sebarang pertanyaan dan berkongsi suka duka kehidupan. Insya Allah, daku senantiasa akan menjadi sahabat dunia akhirat kalian..Insya Allah.

Sampai di sini sahaja penulisan ku di awal pengenalan. Insya Allah, daku akan sentiasa mengupgradekan laman blog ini untuk perkongsian rakan-rakan.Bagi sesiapa yang sudi menjadi rakan ku, boleh mendaftar di ruang 'rakan'..

Terima kasih,
Salam  1 Malaysia dan salam persahabatan
Siti Suraya binti Kamarudin

No comments:

Post a Comment