Assalammualaikum w.b.t.
Selamat kembali ke laman blog ini dan kepada yang baru menyingah ke blog ini, ribuan terima kasih ku ucapkan. Segmen cerita kali ini adalah tentang perasaan rindu ku akan zaman blaja..Sememangnya laman blog ini adalah menceritakan tentang surat-surat kehidupan ku, maka terbit di hati ini untuk berkongsi dengan rakan-rakan akan perasaan rindunya pada saat blaja di universiti dan kolej ...
Alhamdulillah..berkat usaha dan doa ibu serta ayah ku, akhirnya daku berjaya menghabiskan empat (4) tahun pengajian di universiti. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atau dikenali sebagai UTHM. UTHM terletak di Parit Raja, Batu Pahat di negeri Johor Darul Takzim. Parit Raja pula terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari bandar Batu Pahat. UTHM adalah institusi yang baru dinaiktarafkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Sebelum ini, UTHM lebih dikenali sebagai kolej universiti dengan nama Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn atau Kuittho. UTHM menawarkan pengajian khusus dalam bidang kejuruteraan, teknologi pengurusan, pendidikan vokasional dan teknologi maklumat dan multimedia.
Berada di negeri orang selama 4 tahun sangat sukar tetapi seronok !!...kerana di negeri orang, daku dapat belajar tentang kehidupan dan tradisi orang lain. Malaysia terkenal dengan kepelbagaian adat dan tradisi. Ini bukan kali pertama daku berjauhan dengan keluarga. Sebelum ini, daku menuntut di kolej di bawah pengelolaan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu kolej matrikulasi di negeri sembilan, ia dikenali sebagai Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan atau KMNS. Pada awal semester pengajian, agak sukar untuk ku berpisah dengan keluarga terutama ibu dan adik. Mana kan tidak, dari kecil sehingga tamat sekolah menengah daku sentiasa berada disisi keluarga. Sejak dahulu lagi, daku berasa bahagia belaja di sekolah harian berdekatan dengan rumah.
Setelah setahun berada di kolej, akhirnya daku berjaya mengharunginya. Daku berjaya menghabiskan pengajian. Dari situ, bermula juga kisah cinta ku bersama insan pertama yang mengajar ku erti kasih sayang berlainan jantina..Orite, episod itu akan daku ceritakan dalam surat seterusnya..he3x. Kemudian, daku berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi. Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t akhirnya daku berjaya masuk universiti. Syukur jua pada Allah s.w.t kerana memberi daku ruang dan peluang untuk menuntut dalam bidang pengajian yang diminati. Maka bermula lah episod perjalanan pengajian ku, pertemuan ku bersama rakan-rakan baru dan seterusnys bermula kesah hidup di perantauan dan kesah cinta ku serta banyak lagi. Semua ini akan ku ceritakan pada surat seterusnya..
Kini, setelah hampir setahun daku pulang kembali ke keluargaku..daku mula merasakan rindu pada rakan-rakan lain walaupun kami sentiasa keep in touch tetapi perasaan rindu masih terbuku di hati. Ada di kalangan rakan ku yang lain telah menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi, ade yang berjaya mendapatkan pekerjaan dan ada juga yang belum dikurniakan rezeki. Semua itu asam garam kehidupan.
Baiklah, sampai disini sahaja surat daku yang mengisahkan sedikit sebanyak tentang rindu nya daku pada zaman belajar..Rindu pada rakan-rakan..betul kata ibu, zaman yang paling seronok adalah zaman belajar. tetapi bagi daku setiap era yang dilalui ade saat seronok dan saat duka nya. Itu lah pengajar yang mengajar kita kekuatan menghadapi hidup ...
Terima kasih,
Salam 1 Malaysia dan Salam Persahabatan
Surat kehidupan daku bermula disini..
TETAMU
Friend's Blog
Friend's Update
-
-
Setahun sudah baby Farish - Salam.... Alhamdulillah rezeki bulan Feb and bulan niee terlalu banyak job sampai x sempat nak update my blog.. rasayer blog yg lagi satu kena hold dulu j...13 years ago
-
Note For Me
13 Febuari 2011 ...
" Hari ini, dada ku rasa sungguh lapang dan tenang. Syukur kerana Allah pinjamkan nyawa pada daku untuk meneruskan hidup..Alhamdulillah. Lega rasa..Seharian cuti dari sibuk bekerja akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.Best !!..hehe "

Author
- Suraya'24
- Merupakan penulis laman ini.Berusia dalam lingkungan umur 20-an dan baru selesai menghabiskan pengajian ijazah dan sudah bekerja.
Buddies
Search
Categories
- Luahan Rasa (2)
Feb 13, 2011
Pengenalan
Assalammualaikum w.b.t.
Syukur ke hadrat Ilahi, terima kasih kerana masih memberi nikmat dan rahmat. Masih memberikan ku kudrat untuk ku melaksanakan kehidupan seperti biasa sama seperti manusia lain. Syukur alhamdulillah. Sememangnya ku baru mula untuk menjinakan diri dalan bidang penulisan blog. Diriku yang sebenarnya sejak dari era remaja, tidak pernah mempunyai diari atau penulisan peribadi yang ramai gadis di luar sana seperti rakan-rakan ku yang lain. Sememangnya setiap titipan dugaan yang menyingah ke dalam hidup ku, ku lalui dengan redha. Ku lebih rela menyisip rapi setiap kepedihan hati ini dari diluahkan melalui penulisan diari atau sebagainya. Ramai ahli-ahli motivasi mengatakan sesungguhnya jangan di pendam setiap perkara yang pahit kerana apabila ia merebak akan mengundang parah. Tetapi di ketika itu, ku mempunyai pendirian dan pendapat sendiri iaitu lebih baik setiap perkara itu ku susun rapi dalam kotak hati ku ini supaya tidak menyingung perasaan insan lain.
Daku bukan dilahirkan sempurna malah manusia tidak ada yang dilahirkan sempurna. Hanya Nabi s.a.w sahaja insan yang sempurna akhlak dan keperibadiannya. Keperibadiannya yang sempurna itu telah dijadikan contoh bagi setiap umat. Genap umur ku yang semakin meningkat, daku semakin matang dan lebih tabah dan kuat dalam mengharungi keperitan yang mendatang. Daku mula terfikir untuk menjadi penulis setia laman blog ini. Kadang kala ada sesuatu perkara yang dirasakan boleh dikongsi bersama untuk memberi peringatan sesama sendiri mahupun untuk menjadi kekuatan kepada rakan-rakan diluar sana.
Daku merasakan mungkin dengan penulisan laman blog ini dapat menjadikan titian ukhwah fillah persahabatan yang tiada sempadan tetapi berbatas pada hukum syarak. Mungkin dengan penulisan di laman blog dapat kita kongsi setiap duka dan sedih bersama..berkongsi pendapat dan pendirian. Bagi ku, setiap manusia yang tercipta dan dicipta oleh Allah s.w.t sangat unik dan tersendiri. Daku tidak kisah seandainya laman blog ini rakan-rakan ku ingin jadikan ruang pendapat.
Bagi rakan-rakan samaada yang mengenali ku atau tidak, kalian dialu-alukan untuk berkongsi sebarang pendapat, sebarang pertanyaan dan berkongsi suka duka kehidupan. Insya Allah, daku senantiasa akan menjadi sahabat dunia akhirat kalian..Insya Allah.
Sampai di sini sahaja penulisan ku di awal pengenalan. Insya Allah, daku akan sentiasa mengupgradekan laman blog ini untuk perkongsian rakan-rakan.Bagi sesiapa yang sudi menjadi rakan ku, boleh mendaftar di ruang 'rakan'..
Terima kasih,
Salam 1 Malaysia dan salam persahabatan
Siti Suraya binti Kamarudin

Subscribe to:
Posts (Atom)